My Book List

Yes, i really read all these books..

No. 1
Tajuk : Solat Sunat - Kaitannya Dengan Keperluan Masa Kini
Penulis : Ustaz Abdul Rahman Mohamed
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 983-3494-87-3
Harga : RM29.90

Kandungan Umum :
Buku ini menerangkan secara terperinci tentang fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam Islam. Penerangan buku ini juga dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarakat yang sememangnya ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan solat-solat sunat tertentu. Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar bagaimana melaksanakan solat sunat tertentu supaya lebih mudah difahami dan praktikal.

Membaca dan menghayati buku ini buat saya terfikir betapa kita tanpa sedar telah mensesiakan nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah, mensesiakan nikmat kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah hingga kadang-kadang kita alpa untuk melakukan solat sunat padahal itulah sebenarnya bekalan kita di akhirat nanti. Kita alpa melakukan solat sunat kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi yang tak akan habis, terlalu leka dengan nikmat tidur dan segala macam alasan yang akhirnya merugikan diri kita sendiri sebagai hamba Allah.

Kekuatan umat islam terbina di atas kekuatan peribadi umat islam yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan sunah. Buku ini sesuai dijadikan pedoman untuk kita mula mengerjakan solat-solat sunat yang ringkas dan tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan.

Semoga amalan solat-solat Wuduk, Duha, Awwabin, Tahajud, Witir, Hajat, Taubat, Istikharah, Tawaf, Tasbih, Tarawih, Hari Raya, Kusug/Gerhana, Istisqa dan diakhiri dengan doa-doa dapat menyelamatkan kehidupan kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

No. 2
Title: Chicken Soup For The Bride's Soul
Writer : Jack Canfield & Mark Victor Hansen
Communications, Inc
ISBN : 0-7573-0197-5 (hardcover)
            0-7573-0140-1 (trade paper)

Buku nie dihadiahkan oleh sahabat baik saya, zahamsi sempena hadiah perkahwinan saya pada tahun 2004..Thanks zah!!

Kandungan buku ini berkisar kepada cerita pendek, kisah-kisah yang berlaku dalam alam perkahwinan. Penyampaian yang bersahaja menjadikan buku ini dibaca tanpa jemu dan kisah-kisah yang dipaparkan adalah kisah benar berdasarkan pengalaman pasangan yang akan, telah dan sedang melalui hidup berumahtangga. Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan kerana ia boleh dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup yang secara realitinya akan menghadapi saat suka dan duka...

Buku ini menyelami makna perkahwinan yang sebenar, semoga paparan yang dihidangkan menjadi kita lebih tabah dan sentiasa ceria serta bersyukur kerana kita dapat menikmati keindahan dalam sebuah perkahwinan, dikurniakan anak yang comel, menikmati saat-saat bersama yang ceria dan semoga kedamaian dalam perkahwinan membuat kita lebih bersemangat untuk mengharungi hidup ini..
Thanks my dear hubby, ajam...& my lovely kid..adam...
'Love cures people ~ both the ones who gives it & the one who receive it'

No. 3
Tajuk : Anakku Hebat Anakku Soleh
Penulis : Zahazan Mohamed
ISBN : 983-3494-00-5
Harga : RM39.90

Buku ini merupakan salah satu pedoman dalam mendidik anak di zaman yang serba mencabar ini. Saya akui mendidik anak dengan sempurna perlu merujuk pada orang yang berpengalaman dan juga buku yang sesuai memandangkan anak di zaman ini berada pada situasi yang berlainan dengan zaman dahulu. Pendekatan mendidik anak perlu sesuai dengan zamannya namun kaedah didikan yang asas perlu dikekalkan.

Tajuk pertama dalam buku ini menerangkan kepentingan dan cara mentarbiah anak, iaitu usaha membentuk anak-anak dari segi jasmani, akil, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya.  Tajuk kedua pula penerangan tentang pihak yang terlibat mendidik anak mengikut Islam iaitu peranan keluarga, guru, media yang semuanya perlu memainkan tanggungjawab yang berkesan dalam membawa kanak-kanak ke jalan yang sebenar. Topik ketiga meghuraikan aspek-aspek dalam pentarbiahan meliputi rohani, jasmani, mental/akal, kemasyarakatan, imaan, roh dan akhlak.

Pembacaan diteruskan dengan topik keempat dalam membentuk minat dan kemahiran anak. Bukan semua kemahiran yang diajar kepada anak itu diterima olehnya, tetapi dia hanya akan mengambil apa yang sesuai dengan diri dan diminatinya. Topik kelima berkisar kepada tatacara pergaulan dengan anak-anak dan buku ini diakhiri dengan wasiat dan doa pilihan buat anak-anak.

Membaca buku ini buat saya terfikir betapa beratnya tanggungjawab saya sebagai ibu dalam mendidik anak saya, semoga panduan demi panduan membawa saya ke arah mendidik anak dengan kaedah yang betul. Sesungguhnya setiap ibu bapa menginginkan anak yang soleh. Amin.